Blogger Layouts

Sunday, April 24, 2011

12 SIFAT SAHABAT SEJATI

  1. Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu.
  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu.
  4. Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
  5. Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
  6. Jika engaku meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya.
  7. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
  8. Jika engkau berdiam diri(kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu.
  9. Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu.
  11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa.Wassalam….
{Petikan “bimbingan Mu’min’- Imam Ghazali}

No comments:

Post a Comment