- Pemimpin yang adil.
- Pemuda yang membesar dalam keadaan sentiasa beribadat kepada Allah.
- Seseorang yang hatinya dekat dengan masjid.
- 2 orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana-Nya.
- Lelaki yang menolak pujuk rayu wanita bangsawan yang cantik, lalu berkata, "sesungguhnya aku takut kepada Allah."
- Seseorang yang bersedekah sedangkan dia merahsiakannya sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
- Seseorang yag mengingati Allah ditempat yang sunyi sehingga menitis air matanya.
Tuesday, April 26, 2011
7 Golongan Dilindungi Allah
Labels:
7 Golongan
Sunday, April 24, 2011
12 SIFAT SAHABAT SEJATI
- Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu.
- Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu.
- Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
- Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
- Jika engaku meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
- Jika engkau berdiam diri(kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu.
- Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu.
- Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa.Wassalam….
{Petikan “bimbingan Mu’min’- Imam Ghazali}
Labels:
sahabat
Subscribe to:
Posts (Atom)