Blogger Layouts

Tuesday, October 22, 2013

Cara-Cara Meletakkan Gambar Dalam Blog

Gambar merupakan satu medium yang sangat berkesan untuk menarik perhatian pembaca blog kita untuk membaca entri. Kalau post kita panjang dan tidak diselitkan dengan gambar, ia akan membuatkan pembaca bosan. 
Memang tidak dapat dinafikan bahawa otak manusia ni lebih mudah untuk membaca gambar, bak kata pepatah Omputih "Picture Worth A Thousand Words". Oleh itu, bagi yang masih terpinga-pinga bagaimana cara meletakkan gambar dalam blog, ikuti 'steps' yang saya huraikan di bawah. =)

  • Sudah tentu yang pertama anda perlu Logi ke Blogger.
  • Klik pada "New Post" seperti di bawah:

  • Seterusnya ikut 'step' di dalam gambar di bawah:

















  • Klik image yang dibulatkan di atas. 
  • Gambar di bawah akan keluar.
  • Seterusnya klik "Choose files" untuk pilih gambar yang anda nak upload. Bila dah pilih, anda hanya tekan Upload.
  • Kelebihan upload gambar menggunakan cara pertama ni, anda boleh pilih banyak-banyak gambar sekaligus untuk di upload.

















  • Anda kena tunggu gambar tu diupload sepenuhnya. Bila dah siap upload, anda dah boleh letak gambar tu dalam post anda. Tekan jer add selected. Done! ^_^


























Tips: Makin banyak/besar saiz gambar anda letak,makin lama laa blog anda loading..tapi terpulang pada 'line' tenet anda juga..^_^










Monday, April 30, 2012

Petua Untuk Kecantikan Kaum Hawa

  • Oleskan 'lipstik kejujuran' pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang dibuat daripada rasa malu yang ditambah iman.
  • Pakailah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan 'selendang Islami' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.
  • Hiasilah tangan anda dengan 'gelang tawdhu'' dan jari anda pula dengan 'cincin ukhuwwah'.
  • Bedaklah wajah anda dengan 'air wudhu', nescaya akan bercahaya di hari akhirat.
  • Hiaslah diri anda dengan sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

InsyaAllah petua ini berkesan untuk kaum hawa yang gemar 'make up'. Tips mudah tanpa menggunakan kos yang banyak, cuma memerlukan istiqomah. Semoga dengan petua ini bertambahlah seri anda. Gambar sekadar hiasan..^_^ 


***Perkataan yang saya gunakan mungkin terr'over'sikit kot..huhu..tapi elok la bagi yang suka 'make up' tuk brubah..Kecantikan yang asli lebih menarik hati kaum Adam..(^_^)

Tuesday, April 26, 2011

7 Golongan Dilindungi Allah

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang membesar dalam keadaan sentiasa beribadat kepada Allah.
  3. Seseorang yang hatinya dekat dengan masjid.
  4. 2 orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana-Nya.
  5. Lelaki yang menolak pujuk rayu wanita bangsawan yang cantik, lalu berkata, "sesungguhnya aku takut kepada Allah."
  6. Seseorang yang bersedekah sedangkan dia merahsiakannya sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
  7. Seseorang yag mengingati Allah ditempat yang sunyi sehingga menitis air matanya.











Sunday, April 24, 2011

12 SIFAT SAHABAT SEJATI

  1. Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu.
  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu.
  4. Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
  5. Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
  6. Jika engaku meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya.
  7. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
  8. Jika engkau berdiam diri(kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu.
  9. Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu.
  11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa.Wassalam….
{Petikan “bimbingan Mu’min’- Imam Ghazali}